IVAC’08? Apa tu...??

Ya… tak kenal maka tak cinta.
Mari kita berkenal-kenalan sedikit dengan program ini.


Program ini dinamakan Istanbul Visit & Academic Collaboration atau singkatannya IVAC’08. Ia merupakan satu program yang julung kali dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, atau Chemical Engineering Society (CHEST), dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).


Dengan mengambil tema “Pendidikan Global Gerbang Wacana Mahasiswa Glokal”, program ini bertujuan untuk memperkenalkan nama Universiti Malaysia Pahang (UMP) sendiri di peringkat antarabangsa, selaras dengan visi UMP sendiri iaitu “Untuk Menjadi Sebuah Universiti Teknikal Bertaraf Dunia Berasaskan Kemahiran (World Class Competency – Based Technical University).


Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membuat lawatan sambil belajar untuk mendedahkan kepada mahasiswa tentang teknologi kimia yang terdapat di Turki serta mewujudkan kerjasama akademik dengan Universiti of Istanbul. Secara tak langsung, program ini akan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang dunia pengurusan dan kepimpinan yang berkesan serta melahirkan individu yang berpotensi, proaktif dan berkaliber daripada aspek rohani, sahsiah dan spiritual.


Memilih tarikh 16 hingga 22 Mei 2008, program ini diharapkan dapat berjalan lancar, tanpa sebarang gangguan atau masalah besar yang boleh membantutkan program ini.


Mungkin ramai juga yang mengetahui, asalnya program ini adalah satu program lawatan antarabangsa ke Doha, Qatar, dengan nama Qatar Integrated Industrial Visit, Academic Collaboration and Cultural Exchange 2007 atau nama singkatannya (i-QiVAC’07) yang telah dijadualkan berlangsung antara 1 hingga 7 Disember 2007. Jadi, mengapa program ini terpaksa ditukarkan???


Terdapat sedikit masalah melibatkan penajaan di peringkat awalnya, (saya kira masalah ini memang akan terjadi pada mana-mana program penajaan), dan apabila sekretariat IVAC’08 ingin sekali lagi berurusan dengan pihak di Qatar, pihak di sana enggan bekerjasama sekali lagi.
MENTAL NOTE FOR FUTURE REFERENCE : jika berurusan dengan orang Arab, sekali anda menunda sesuatu, anda tidak akan dilayan buat kali keduanya, kerana mereka merasakan tertipu. Jadi, berhati-hatilah untuk berurusan dengan orang Arab di lain masa =)

Jadi, mengapa memilih Istanbul, Turki?