IVAC'08 - Why Istanbul???
0003
07 April 2008
Kita sambung perbincangan kita mengenai IVAC’08.
Jadi, mengapa Istanbul menjadi pilihan sekretariat IVAC’08?
Apa istimewanya Istanbul?
Ada apa dengan Istanbul?
Untuk menjawab soalan-soalan di atas, ia bertepatan dengan konsep program ini yang menitikberatkan empat nilai teras iaitu, akademik, industri, budaya, dan agama
Empat nilai teras ini menjadikan program ini satu program yang seimbang dan menyeluruh dari segi aspek ilmu, sosial dan keagamaan
A. Lawatan akademik
Lawatan akademik ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta perbezaan antara sistem pendidikan di Malaysia dan Istanbul sendiri. Kawasan Istanbul sendiri adalah kawasan terletaknya pusat pengajian tinggi terbaik di Turki.
Universiti of Istanbul (main entrance)
Pemilihan Universiti of Istanbul ini adalah antara pilihan terbaik yang dilakukan kerana ia merupakan sebuah universiti tertua Turki sejak dari 1846, yang mempunyai hampir 20 buah fakulti di dalamnya.
Tumpuan yang lebih akan diberikan kepada Fakulti Kejuruteraan di sana, yang memungkinkan pihak UMP untuk melakukan pertukaran pelajar sama ada pelajar UMP diserap ke sana ataupun sebaliknya.
B. Lawatan Industri
Organisasi IVAC’08 juga akan mengadakan beberapa lawatan industri ke industri berkaitan di Istanbul. Salah satunya merupakan lawatan ke Beta Chemical Industry, yang merupakan salah sebuah industri pembuatan gam dan lekatan.
Selain itu, lawatan ini juga akan melawat Istanbul Mineral and Metals Exporters Association (IMMIB), satu badan yang mengawalselia aktiviti eksport di tempat tumpuan eksport bagi Istanbul. Di sini, tumpuan akan lebih diberikan kepada Istanbul Chemicals and Chemical Product Exporter’s Association, satu badan yang bernaung di bawah IMMIB.
Mahasiswa dapat didedahkan dengan aktiviti pengeksportan bahan kimia, dan cara untuk melakukannya. Ini dapat memberikan input kepada mahasiswa untuk lebih berfikiran global dalam melibatkan aktiviti import dan eksport.
C. Lawatan Tempat-Tempat Bersejarah
Tohkapi Palace (view from Galata Bridge)
Di Istanbul, terdapat pelbagai tempat bersejarah yang akan dilawati. Antaranya ialah
Galata Bridge
Jambatan Galata juga merupakan satu tempat yang menarik untuk dilawati, di mana ia merupakan satu jambatan yang telah menghubungkan Golden Horn di Istanbul sejak dari abad ke-15 lagi.
The Grand Bazaar (interior)
The Grand Bazaar pula merupakan salah satu dari pasar tertutup terbesar di dunia yang dikunjungi antara 250,000 hingga 400,000 orang sehari.
Dengan melawat tempat-tempat tumpuan dan tempat bersejarah di sini, ia dapat meransang dan membuka minda mahasiswa UMP yang terlibat mengenai cara hidup dan sosial di negara luar.
D. Lawatan Tempat Keagamaan
Istanbul merupakan salah satu tempat yang kaya dengan senibina yang tersendiri dan berkonsepkan senibina Islam. Lawatan ini akan melawat masjid-masjid seperti Masjid Sultan Ahmet atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru, Masjid Sulaiman the Magnificent, dan Masjid Ayyub Al Ansari.
Masjid Biru
Masjid Biru merupakan satu masjid bersejarah di Istanbul yang dibina antara tahun 1609 dan 1616, dan dipenuhi dengan lekapan biru di sebelah dalamnya.
Masjid Sulaiman the Magnificent juga mempunyai kisah tersendiri apabila dibina pada abad ke-15 dan kini menjadi salah sebuah masjid utama di Istanbul.
Para mahasiswa akan terdedah dengan senibina masjid yang mengalami pertembungan budaya, dan lawatan ini akan membolehkan para mahasiswa untuk membuat perbandingan antara budaya keagamaan di Istanbul, Turki dan di Malaysia sendiri.
Jadi, tak salah lagi, Istanbul merupakan satu pilihan yang tepat untuk program ini. Diharapkan agar program ini mencapai objektifnya dan dapat berjalan dengan jayanya.
Amin...
0 Responses to IVAC'08 - Why Istanbul???
Something to say?